Friday, January 1, 2010

Kenyataan Maaf Secara Terbuka

Pihak Penganjur KAWAT2009 ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua peserta KAWAT 2009 di atas kesalahan dan kekurangan yang berlaku sewaktu penganjuran jambori yang lalu.Penganjur telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya walaupun hanya mempunyai tempoh 2 bulan untuk persedian. Pihak penganjur tetap bertungkus lumus untuk menjayakannya walaupun kekurangan penajaan dan ahli urusetia.

Pihak penganjur tidak sama sekali ada niat secara langsung atau tidak langsung untuk mengaut keuntungan di atas penganjuran acara jambori ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak kami gembira dapat "makan duit" peserta adalah bukan dari pihak kami. Mungkin pihak tertentu cuba untuk menangguk di air keruh dengan menimbulkan sentimen kebencian agar komuniti MTB berpecah belah.

Segala tohmahan dan kritikan yang telah dilemparkan kepada pihak penganjur amatlah kami hargai agar kami dapat memperbetulkan kesalahan dan kekurangan kami untuk tahun mendatang.Dan penganjuran seterusnya adalah diharapkan lebih berhati-hati dan lebih bersedia di atas semua aspek penganjuran termasuk keselamatan,route, makanan dan sebagainya. Kami juga memohon maklumbalas membina dari segenap komuniti MTB seluruh Malaysia untuk memberi komen dan maklum balas yang positif agar kami dapat memperbaiki lagi.

Terima kasih turut diucapkan kepada penaja-penaja yang telah sudi memberi sumbangan walaupun kecil. Kami turut menghargai sokongan dan maklumbalas positif dari pihak-pihak kelab MTB/ komuniti MTB serta orang perseorangan yang terus memberikan kami semangat dan galakan. Mereka adalah:

1. FRIM UPM MTB
2. Team Merida
3. Team Soo BEng
4. Team MAS Kargo
5. Team MAS Engineering
6. Team 3K
7. Team UCI
8. Team JPJ Pahang
9. Team Manggis Rider
10.Team Pink Bike
11.Team Pawana Rider
12. Team Dueroda
13. Team GKCC Terengganu
14. ABE Team
15. Team SIT
16. SBXC Bikers Club

DAN peserta perseorangan dan team lain yang terus memberi sokongan dan perangsang yang membina agar pengajur terus maju kehadapan memperbaiki segala kelemahan.
Jutaan Terima Kasih diucapkan.


Pihak pengajur, K-RAITT khususnya memohon ampun dan maaf sekali lagi dan salam tahun baru 2010.

Wednesday, December 23, 2009

PERHATIAN!!!!

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PESERTA UNTUK CLAIM GOODIES SILA KEMUKAKAN SLIP PEMBAYARAN UNTUK MEMUDAHKAN ANDA. DIINGATKAN JUGA SILA BAWA BORANG PENDAFTARAN ORIGINAL YANG TELAH DITANDATANGAN UNTUK KEGUNAAN URUSETIA. TERIMA KASIH

Thursday, December 17, 2009

MACAM MANA NAK KE KOMPLEKS RAKAN MUDA

TENTATIF PROGRAM

26 DISEMBER 2009

10.00 AM - 10.00PM = PENGESAHAN PENYERTAAN & PENGAMBILAN GOODIES

VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA


27 DISEMBER 2009

6.30 AM - PENGAMBILAN GOODIES KPD YG BELUM MEMBUAT PENGESAHAN PENYERTAAN
7.00 AM - TAKLIMAT MENGENAI ROUTE
7.30 AM - FLAG OFF

VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA

Tuesday, December 15, 2009

Grand Prize (Cabutan Bertuah Tau)


mau kasi panas skit nih
ada hadiah grand prize menarik punya.

Monday, December 14, 2009

CERITA PASAL ROUTE SKIT

Sama macam biasa – 4 stage, 4 level of torture
This year route cuma 45km sahaja

STAGE 1 – 17km jalan merangkumi on road
dan off road. Ada sedikit pendakian bukit

STAGE 2 – 12km some climbs tak berapa tinggi.

STAGE 3 – 10km melalui single tracks and some climbs

STAGE 4 – 6km single tracks melalui kebun
kelapa sawit

REFILL STATION 1 - 16KM
REFILL STATION 2 - 25KM

Tuesday, November 24, 2009

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Kepada semua riders Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2009.Selepas tarikh ini sesiapa yang membuat pembayaran dan pendaftaran tidak akan dilayan.

Sekian,terima kasih............